Want your
own Fotopage?









 
KenALi AmiRuL HaZIq dan LutHfI AbShaR


By: Masdiana Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Jan-2009 01:29 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di shah alam

Kami pergi main di taman tasik shah alam.... tempat yang haziq suka pergi...TESCO. Macam ler tempat lain tak de TESCO


Care to comment?


Thursday, 1-Jan-2009 01:23 Email | Share | | Bookmark
Shah Alam

Baru upload gambar di Shah Alam masa kongress parti keadilan baru-baru ni. Kami menginap di bluewave shah alam. Haziq kata pergi singapura kat shah alam... apa-apa je lah...


Care to comment?


Thursday, 4-Dec-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
Makan ayam di Radix FC

Time ni on the way dari Alor Star ke Penang. Kami saja singgah di Radix FC Sg Petani. Bayangkan lah nak menunggu tu sejam baru dapat beli... Letih Oooo..

Ni gelagat Abshar...


Care to comment?


Thursday, 4-Dec-2008 04:28 Email | Share | | Bookmark
Haziq and the geng


Care to comment?


Thursday, 4-Dec-2008 04:22 Email | Share | | Bookmark
Lagi gambar raya di perak

Kenangan di hari raya kedua di perak. Sempat bergambar dengan tok chu Tahir...


Care to comment?


Wednesday, 3-Dec-2008 04:14 Email | Share | | Bookmark
Lagi gambar di pagi raya

Celoteh anak-anak mama di pagi raya... Time ni mama dan abah pergi solat raya. Lepas tu kami beraya di rumah ketua-ketua kampung di DUN Bt Caves. Tak sempat bawa haziq dan Abshar. Gambar ni mama amik lepas balik dari beraya...


Care to comment?


Tuesday, 2-Dec-2008 07:53 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Hari Raya - Dewan Sri Siantan

mama dan abah
Haziq je ikut, adik tinggal
YB Azmin, YB William dan abah
View all 9 photos...
Terlambat update...

Terima kasih kepada semua yang hadir ke jamuan hari raya DUN Batu Caves. Memang ramai sehingga tak terlayan. Sampai yang datang kemudian tu, makanan dah habis... sorry ler, anyway thanks for coming...

Mama dan Abah sempat bergambar


Letih ooo... lepas tu sempat gi 2 lagi open house kat Tmn Tun termasuk lah umah Dr Hassan Ali.

Care to comment?


Friday, 27-Jun-2008 01:18 Email | Share | | Bookmark
Perasmian Dewan Undangan Negeri Selangor

Mama baru update gambar ni, amik dari handset je. Persidangan ni berlansung bulan Mei yang lepas. Bermula dari 8.30 pagi di SUK Shah Alam, perasmian oleh Sultan selangor dan pemeriksaan barisan tentera laut diraja malaysia. Ni la uniform kalau majlis di raja.... tempah je RM 1500 tapi di tanggung oleh kerajaan negeri...cuma kosong je lah, belum ada pingat.



TQ Dr Rani yang sudi amikkan gambar. Bukan senang nak suruh YB ambilkan...

Pada belah malam pulak majlis makan malam bersama Sultan Selangor. Siap persembahan kebudayaan. Mama kata kat abah, kalau lah ada haziq ni.... mesti dia dah lari ke atas stage menari sama . Mama tak bawa camera la, tak de gambar....

Teks ucapan abah bolehlah lihat di http://amirsari.wordpress.com/

Care to comment?


Tuesday, 10-Jun-2008 08:43 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan ke masjid kristal

Selepas sukma, kami berpeluang jalan2 area Kuala Trengganu. Tapi dah tak tau nak ke mana melainkan masjid Kristal. Ternyata cantik masjid ni berpadanan dengan kos pembinaannya, tapi sayang sekali bila masjid ini umpama sebuah muzium. Org ramai berpusu2 datang hanya untuk bergambar. Dalam 30 orang yang berlegar2, hanya 2 org yang solat tahiyatul masjid.

Kami sekeluarga mengabadikan gambar kenangan berlatarbelakangkan masjid kebanggaan negeri Trengganu ini. Panorama pada waktu malam lebih cantik dimana warna masjid ini akan berubah2 dari merah ke kuning, pink, hijau sehingga 7 warna.




Care to comment?


Monday, 9-Jun-2008 01:13 Email | Share | | Bookmark
Acara penutup SUKMA ke 12, Trengganu

Abah mengetuai Kotingen Selangor
Mascot selangor menjadi tarikan
Atlit selangor
View all 6 photos...
Kami telah menyaksikan majlis penutup Sukma ke-12. Sampai di Stadium, kami berpeluang duduk di barisan VIP. Haziq tak putus-putus sebut aapei (fun-fair). Ye lah tengah stadium terang benerang dengan macam-macam warna lampu, anakku ini hanya tahu lampu tu kat fun-fair je ade.



Sepanjang acara berlangsung, mama tak larat nak jaga Haziq. Seboleh-bolehnya nak turun sampai ke padang. Mama berlegar-legar dengan Haziq sampai ada orang bagi Haziq belon, air kotak dan buah. Agaknya orang pun geram tengok gelagat Haziq tu yang layan dia.

Mula-mula tu abah nak bawak haziq berarak bersama kotingen selangor. Mama kata lupakan aje, bukan sebab takut haziq menangis, tapi takut abah tak larat nak kejar haziq yang akan berlari2. Lebih-lebih lagi banyak sangat mascot yang cute2.

Anak mama yang sorang lagi ni, Abshar pulak boleh tido sepanjang acara yang bising. Dah nak balik baru bangun. Kami balik awal, tak sempat tengok bunga api sebab dah tak larat nak jaga Haziq. Bukan mama je yang jaga, siap ada 2 org lagi bodyguard pun dah tak boleh nak cakap ape....

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.