|
|
| Saturday, 23-May-2009 02:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Memory di istana kayangan, klang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 27-Jun-2008 01:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perasmian Dewan Undangan Negeri Selangor
|
|
Mama baru update gambar ni, amik dari handset je. Persidangan ni berlansung bulan Mei yang lepas. Bermula dari 8.30 pagi di SUK Shah Alam, perasmian oleh Sultan selangor dan pemeriksaan barisan tentera laut diraja malaysia. Ni la uniform kalau majlis di raja.... tempah je RM 1500 tapi di tanggung oleh kerajaan negeri...cuma kosong je lah, belum ada pingat.
TQ Dr Rani yang sudi amikkan gambar. Bukan senang nak suruh YB ambilkan...
Pada belah malam pulak majlis makan malam bersama Sultan Selangor. Siap persembahan kebudayaan. Mama kata kat abah, kalau lah ada haziq ni.... mesti dia dah lari ke atas stage menari sama  . Mama tak bawa camera la, tak de gambar....
Teks ucapan abah bolehlah lihat di http://amirsari.wordpress.com/
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Jun-2008 08:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan ke masjid kristal
|
|
Selepas sukma, kami berpeluang jalan2 area Kuala Trengganu. Tapi dah tak tau nak ke mana melainkan masjid Kristal. Ternyata cantik masjid ni berpadanan dengan kos pembinaannya, tapi sayang sekali bila masjid ini umpama sebuah muzium. Org ramai berpusu2 datang hanya untuk bergambar. Dalam 30 orang yang berlegar2, hanya 2 org yang solat tahiyatul masjid.
Kami sekeluarga mengabadikan gambar kenangan berlatarbelakangkan masjid kebanggaan negeri Trengganu ini. Panorama pada waktu malam lebih cantik dimana warna masjid ini akan berubah2 dari merah ke kuning, pink, hijau sehingga 7 warna.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jun-2008 01:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Acara penutup SUKMA ke 12, Trengganu
|
 |
|
Abah mengetuai Kotingen Selangor
|
|
 |
|
Mascot selangor menjadi tarikan
|
|
 |
|
Atlit selangor
|
| | View all 6 photos... |
|
Kami telah menyaksikan majlis penutup Sukma ke-12. Sampai di Stadium, kami berpeluang duduk di barisan VIP. Haziq tak putus-putus sebut aapei (fun-fair). Ye lah tengah stadium terang benerang dengan macam-macam warna lampu, anakku ini hanya tahu lampu tu kat fun-fair je ade.
Sepanjang acara berlangsung, mama tak larat nak jaga Haziq. Seboleh-bolehnya nak turun sampai ke padang. Mama berlegar-legar dengan Haziq sampai ada orang bagi Haziq belon, air kotak dan buah. Agaknya orang pun geram tengok gelagat Haziq tu yang layan dia.
Mula-mula tu abah nak bawak haziq berarak bersama kotingen selangor. Mama kata lupakan aje, bukan sebab takut haziq menangis, tapi takut abah tak larat nak kejar haziq yang akan berlari2. Lebih-lebih lagi banyak sangat mascot yang cute2.
Anak mama yang sorang lagi ni, Abshar pulak boleh tido sepanjang acara yang bising. Dah nak balik baru bangun. Kami balik awal, tak sempat tengok bunga api sebab dah tak larat nak jaga Haziq. Bukan mama je yang jaga, siap ada 2 org lagi bodyguard pun dah tak boleh nak cakap ape....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jun-2008 01:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom gi Ganu....
|
|
Kami berangkat ke Trengganu dalam pukul 2 petang, naik serena. Yang drive, uncle yahya dan uncle idris. Duduk belakang, Haziq, Abshar, Mama, Abah dan bibik. Abah dah pegi dulu naik flight dari 30-5 lagi tapi 6-6 abah balik semula amik kitorang. Haziq pulak asyik ajak mama gi ganu... bila mama tanya nak buat apa gi ganu, Haziq jawab " ngok abah".
Sejak pagi Haziq bukan main suka nak jalan. Tegok je la aksi kedua2 anak mama dalam kereta...
Kami sampai di kemaman berhenti solat dan makan satar dan otak-otak. Sampai di Trengganu dalam pukul 9 malam, terus gi kedai nasi ayam yunan. Lepas tu kami ke Banglo yang di sewa oleh MSNS, tepi laut. Malam tu panas betul sampai tak boleh tido walaupun ada air-cond. Lihatlah gelagat anak mama pagi esoknya....
Ni pulak gelagat Abshar....
Pada belah pagi kami jalan2 di pasar payang. Abah sejak awal pagi lagi dah keluar ada driver amik. Masa makan baru kami jumpa abah di restoran mat binjai. Yang kelakarnya, haziq beriya nak makan telur penyu. Bila dah makan tu muka dia berkerut2, "tak mau, geli"...
Kemudian abah hantar kami ke hotel primula, abah keluar semula ke RTM sebab ada interview live di radio selangor. Petang tu sempat lah Haziq mandi kat swimming pool dengan anak uncle zubir, pengarah MSNS sampai menangis-nangis tak nak balik.
Pada belah malam pulak kami makan ikan bakar dengan staff MSNS. Habis RM1800 untuk makan malam tu. Tapi mama datang kejap je sebab Haziq dah menangis2 sebab tak tido di siang hari. Mulanya kami nak tido primula je, tapi bila balik banglo tu, rasa ok pulak tak panas macam semalam. So malam tu jugak abah check-out bilik.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Mar-2008 02:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Angkat sumpah exco di istana
|
|
Gambar atas: dari kiri, Raja Komando (pak ungku), abu Haziq dan Datuk Paduka (pembesar daerah)
Gambar tengah : Bersama Ku yah
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Mar-2008 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bercuti di Holiday Villa, Subang Jaya
|
|
Alhamdulillah, abah dah pun menang. Jadi kami pun sempat bercuti di Subang Jaya. Setelah lebih 3 minggu tak dapat bersama, akhirnya dapatlah bercuti bersama abah.
Ni lah first time Haziq makan makanan Jepun... suka sangat Haziq, walaupun mama tak berapa suka.
Aksi-aksi anak mama tido....
Haziq sibuk nak mandi kat swimming pool tapi hujan, jadi mandi dalam bath tab je lah...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Mar-2008 07:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari pilihanraya ke-12
|
 |
|
Haziq sarapan di bilik gerakan
|
|
 |
|
mama dengan abshar dah tak sabar
|
|
 |
|
Keadilan...keadilan...
|
| | View all 7 photos... |
|
Pada hari pilihanraya, Mama, Haziq dan Abshar mengambil kesempatan untuk ikut abah melawat ke semua pondok panas pusat pembuangan undi.
Ni lah suasana kemeriahan di trafic light Batu Caves....
Ada cerita yang mama tak dapat lupakan. Kami mula melawat naik van persiaran. Sampai je di Sekolah cina area batu caves, abah pergi melawat, jadi kami tinggal dalam van. Time tu lah Hazih ter..POoH...yak la pulak. Beg tertinggal di bilik gerakan. Nasib baik ler ada kedai runcit, terus beli pampers. Tukar pun kat restoran uncle Gopal... isy..isy...
Ni pulak di pondok2 panas. Sampai kat Sg kertas, dorang tengah menjamu selera, sedapnya makan nasi dengan gulai lemak ikan masin, sambal belacan, ulam2.....
Ni pulak gambar anak-anak mama yang kepenatan... tertido dalam van.. Kesian...
Keputusan
Pada sebelah malam, dalam pukul 8 malam, abah bagitau mama, siap2 nanti nak ke dewan sungai pusu. Dari perkiraan sejak petang tadi kemungkinan besar abah menang. Jadi kamipun bersiap2 lah. Dalam pukul 10 malam gitu kami pun sampai ke dewan.
Kami menunggu, punyalah lama. Haziq dan Abshar dah tido, kat luar penuh manusia sejak dari pukul 8 tak sabar2 nak meraikan kemenangan. Dalam pukul 12 tengahmalam gitu, tiba-tiba masuk lah peti undi baru yang belum di kira. Apalagi, bantahan dibuat. Riuh dewan. Mama dah rasa tak selesa jadi bawa anak2 tido dalam kereta. Dalam pukul 1 abah call bagitau alhamdulillah menang dengan majoriti 3600++. Jadi abah suruh kami balik je. Nasib baik kami balik, sebab pukul 4.30 pagi baru keputusan secara rasmi di umumkan oleh SPR.
Malam tu kami tido rumah uncle Zul. Mama sehelai sepinggang je. Esok tu terpaksa cari baju kat pasaraya...
Ni jer gambar-gambar yang sempat mama rakamkan. Tu pun main amik jer....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Mar-2008 02:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar hari berkempen...rumah ke rumah
|
|
Setiap hari abah akan berkempen rumah ke rumah. Dalam satu hari tu akan berjalan ke 200-300 buah rumah. Pada waktu malam pula ada ceramah umum dan kelompok. Sampailah hari pilihanraya, suara abah dah hilang....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar hari penamaan calon PRU ke 12
|
 |
|
Pencerahan di Batu Caves
|
|
 |
|
Undilah saya
|
|
 |
|
para penyokong
|
|
|
Abah Haziq telah bertanding bagi DUN Batu Caves. Alhamdulillah menang.... Gambar kenangan pada hari penamaan calon di Sg Pusu. Dari kiri Shaari Sungip (pak Abu)- DUN Ulu Kelang, Dato Dr Hassan Ali - DUN Gombak Setia, Sdr Azmin Ali - Parlimen Gombak dan Sdr Amirudin Shari (abu Haziq dan Abshar)
Gambar ketika berarak masuk ke dewan
Gambar ketika selesai penamaan calon... dah boleh start kempen ni
Harapan Baru untuk Batu Caves...
|
|
|
|